Site Network: Home | perjalanan | komputer | About

HOT TOPIC

Sumber : Majalah Wanita Isu 1133
Seorang profesor psikologi dari Jerman datang ke Amerika dan tinggal bersebelahan dengan bilik seorang penulis. Mereka bertemu ketika sarapan pagi dan secara kebetulan duduk semeja. Entah bagaimana, penulis tersebut bercerita tentang masalah dirinya dan profesor tersebut memberi sepenuh perhatian mendengar ceritanya.Sepuluh tahun kemudian, profesor tersebut menghantar sepucuk surat kepada penulis tersebut untuk memohon derma bagi membangunkan klinik kebajikannya di Jerman dan penulis tersebut memberi maklumbalas yang memberangsangkan berserta cek yang bernilai 10,000 USD. Katanya dalam surat tersebut, bahawa apa yang dilakukan oleh profesor tersebut dapat menghalangnya daripada meneruskan niat untuk membunuh diri. Kini dia semakin berjaya. Namun, jawapan profesor tersebut dalam surat balasannya ialah, ketika penulis tersebut menceritakan masalahnya..profesor itu tak sedikitpun memahami apa yang dicakapkan kerana dia tidak faham bahasa inggeris. Dia hanya mendengar rintihan hati penulis itu. Begitulah rahsia dan kekuatan yang ada pada kemahiran mendengar. Kecerdasan mendengar bukan saja dapat menyelamatkan individu yang ditimpa masalah tetapi juga mempunyai bahasa universal, boleh difahami sekalipun tidak faham apa yang dituturkan dan diperkatakan.Inilah yang dinamakan KOMUNIKASI NON-VERBAL. Komunikasi ini lebih penting dalam situasi kaunseling kerana penerokaan lebih mudah dilakukan dan proses kaunseling berjalan dengan lebih pantas. Mimik muka, pergerakan bahu, tangan dan cara duduk dapat membantu kaunselor membina soalan yang lebih menjurus kepada perasaan dan emosi klien. Selalunya individu merasakan dirinya kesunyian, diabaikan, tidak dipedulikan dalam hubungan komunikasi seharian. Justerus sekiranya ada orang yang suka dan sanggup mendengar masalahnya maka dia akan berasa ada orang yang sudi mendengar masalahnya. Lantas, dia terasa bahawa dirinya masih diterima, dihormati dan dihargai. Apabila proses mendengar ini dilakukan dengan penuh teliti, klien dapat melepaskan perasaannya dengan bebas. Apa saja yang menjadi tekanan pada emosi dan fikiran dapat diluahkan tanpa rasa takut dan bimbang. Keikhlasan daripada pendengar dapat dirasakan olehnya lalu menjadikannya lebih berani menerokai dirinya tanpa ancaman. Penerokaan kendiri menjadi deria ke-6 iaitu hati semakin tinggi dan tajam fungsinya sekaligus mudah untuk mencari ketenangan dan mendekatkan diri kepada Allah. Apabila hati dapat melihat persoalan dan permasalahan dalam hidup maka sudah tentu individu itu akan dapat membawa dirinya keluar daripada masalah yang membelenggu. Hati yang tenang dapat meningkatkan kecerdasan emosi dan spiritual. Individu yang berjaya adalah terdiri daripada individu yang dapat menggunakan potensi mendengar dengan baik. Lihatlah dengan hati, dengarlah dengan mata nescaya tingkat keseimbangan diri yang tinggi dapat dicapai untuk menggapai kejayaan.

3 Comments:

  1. Anonymous said...
    Anonymous said...
    Anonymous said...

Post a Comment